topbella

Sabtu, Februari 26, 2011

~NUKILAN DARI HATI YANG HINA~





Ya Allah Ya Tuhanku..
Diriku ini sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan,
Hingga dosa-dosaku menggunung tinggi tiada terhitung oleh insan,
Seakan bakal runtuh menenggelamkan daku dlm kisah silam,
Terlalu banyaknya dosa-dosaku umpama pepasir dipantai yang berselerakan,
Hingga tiada terhitungnya dalam kehidupan,
Terasa diri ini terlalu hina untuk menghadapMu, Tuhan sekalian 'alam..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Selama ini ku telah tersasar jauh dalam kesesatan,
Kesesatan dunia yang sentiasa mencengkam jiwaku menuju kebinasaan,
Setiap langkahku sentiasa diiringi dengan kesombongan,
Setiap pergerakanku sentiasa diselaputi dgn kebanggaan,
Setiap pertuturanku diselangi dgn keria'kan
Setiap pernafasanku dihembusi dgn ketakburan...
Betapa besarnya dosa-dosaku selama ini Ya Allah...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Terlalu banyak kekhilafan dalam hidupku,
Hingga diriku sendiri tidak mengenal jiwaku,
Adakalanya tiada terhitung semuanya oleh diriku,
Diriku terus kelam dlm kegelapan dosa-dosaku,
Kehitaman hatiku mulai menebal kerna tiada ruang lagi untuk diselitkan dgn dosa2ku,
Hingga hilanglah serinya tanpa arah tujuan dalam menuju keredhaanMu..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Setiap insan inginkan kebahagiaan dlm hidupnya,
Hingga bermacam-macam cara dilaksanakan oleh jiwa,
Kerana setitis air direbut-rebutkan oleh manusia,
Sedangkan selautan luas airnya tidak dapat dilihat dihadapannya,
Kerana mata hati sudah terhijab dari rahmatNya kerana dosa-dosanya...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Disaat ini, daku mengetahui hakikat kesempurnaanMu Yang Maha Berkuasa,
Apatah lagi Maha Mengetahui akan segala-galanya,
Maka jadikanlah jiwaku menerima sesuatu takdirMu dgn hati yang terbuka,
Berkat dengan keredhaanMu, jadikanlah jiwaku sentiasa redha dlm setiap perkara,
Kerana dunia ini bukanlah bernilai untuk selama2nya,
Namun biarlah akhirat sana menjadi tujuanku yang utama..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Seperit mana kumelalui kehidupan dunia,
Sesukar mana ku diuji dan diduga,
Namun ku yakin pasti ada ganjaran dariMu atas segala2nya,
Pasti ada hikmah yang terselit disebalik ujianMu yang melanda,
Kerana masa kan Engkau ingin menzalimi hamba2Mu yg dhaif lagi hina,
Kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha "adil lagi saksama..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Letakkanlah keyakinanku pada janji-janjiMu kedlm diriiku,
Tempatkanlah keredhaanMu sepanjang kehidupanku kedlm jiwaku,
Selitkanlah cintaMu yang suci lagi hakiki kedlm hatiku,
Agar ku bisa merasai ketenteraman dan kedamaian di sepanjang perjalanan hidupku..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya setiap kurniaanMu adalah amanah bagiku,
Dan setiap dugaan dariMu adalah ujian keimananku,
Kerana masa kan Engkau menjadikan sesuatu dengan sia-sia untukku,
Kerana pasti semua itu akan diberi diperhitungkan dihadapanMu...








Ya Allah Ya Tuhanku,
Selama ku hidup didunia ku tak mengenal erti kesyukuran,
kerana diri sentiasa tidak tahan dgn ujian,
apatah lagi setiap kemahuan tidak menjadi kenyataan,
pasti memberontaklah jiwa dlm menghadapi kesulitan..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kupohon padaMu, kuatkanlah daku dengan kekuatan iman,
jadikanlah hidupku dgn kesabaran yg berpanjangan
kurniakanlah jiwaku akan sifat redha pd setiap ketentuan dlm kehidupan,
rahmatilah hatiku dengan hidayahMu secara berterusan,
agar daku menjadi seorang hamba yang sentiasa redha, sabar dan bersyukur kpd Tuhan....

Biarlah daku hina didunia, namun jangan jadikan daku hina di akhirat sana...
Biarlah daku tidak dipandang manusia, namun janganlah Engkau berpaling dari memandang jiwaku walaupun sedetik masa..
Biarlah daku tidak memiliki apa yg diimpikan di dunia, namun biarlah daku memperoleh syurgaMu yg menjadi impian seluruh manusia.....
Akan kusematkan dalam hatiku bahawa mardhatillah menjadi buruanku di dunia, agar dapat kubertemu dengan-Mu dengan hati yang suci di syurga sana...~


Khamis, Februari 17, 2011

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


wasalam………………….


Jumaat, Februari 04, 2011

KERANA BULU MATA MASUK KE SYURGA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”


Jumaat, Januari 21, 2011

JIKA KAUM HAWA MENGALIRKAN AIR MATA............

Jika kaum hawa menangis...

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin karana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

fikirkan….

Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan keranamu……

Dia menangis bukan karana dia lemah
Dia menangis bukan karana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki

fikirkanlah tentang hal itu

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah

Hanya kau yang tahu jawabannya….

Pertimbangkanlah

Kerana suatu hari nanti

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mengatakan ‘MAAF’!!




Selasa, Januari 18, 2011

As-suqut 'alamatur redha -> diam tandanya redha~






As-suqut 'alamatur redha -> diam tandanya redha~

Selalu kan dengar ayat tu? Diam tanda setuju.... Diam tanda mengiyakan. Selalunya, perempuanlah yang kena tempias ayat ni....Kesian kat kaum aku..huhu

Tapi bagi aku, sebenarnya taklah.... Tak semua perempuan macam tu. Contohnya aku. Diam adakalanya tanda protes. Bahaya sebenarnya diam perempuan ni.... Jadi untuk lelaki diluar sana, janganlah cepat sangat bersangka macam tu; diam  tanda menerima....

Aku kalau marah pun, aku akan diam. Diam dan muka nampak memerah yang kemudiannya orang lain menyangka aku mengiyakan dan mula malu-malu. Aduhhhh. Betapa bengangnya apabila disangka begitu

Tapi jujurnya aku cakap, jika kita kena marah dan bila ingin membela diri kemudian diarahkan untuk diam kerana tak layak untuk bersuara, ianya amat-amatlah menyakitkan hati. Mesti korang pun sakit hati kan? Kan? ......tiba-tiba rasa sakit hati tu datang..warghh.......

Diamlah bila perlu, dan bersuaralah juga bila perlu. Jangan hanya diam. Diam takkan membawa apa-apa. Dan untuk orang yang suka mengarahkan orang lain diam dan menjadi 'telinga' dia, fahami jugalah jika kalian berada ditempat si 'telinga' korang tu, korang sendiri akan merasa macam mana sakitnya jiwa diperlakukan begitu =_=' Sedangkan masing-masing sedia maklum yang setiap individu ada kebebasan untuk bersuara, kenapa harus disekat? Dan kenapa juga tidak mahu memahami?

Cuma bila dah bersuara tu janganlah pula sampai berbalah, berpada-pada sudah. Aiyak, tiba-tiba terasa susah jugak jadi perempuan ni. Kena jadi penurut kata selalunya walaupun dalam hati memprotes marah, memprotes ingin bersuara tetapi bimbang pihak lagi satu terasa hati, bimbang juga takut tersalah perkataan dan akhirnya terpaksa juga diam dalam terpaksa.

Walau pape pun..diam ku ade juga maknanya...DIAM KU DIAM GUNUNG BERAPI....

Ahad, Januari 16, 2011

LAGU DAN LIRIK KEGEMARAN KU ...


LUAHAN HATI by KRISTAL

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta


YANG SEMPURNAKAN KU by 6th SENSE

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

HANYA MILIK MU BY ANUAR ZAIN

Ku hanya milik mu,
Coba kau rasa yakinnya hatiku,
Meski kau tinggalkan,
Masih ku milikmu,
Mengertikah bila cinta ini,
Tak akan pernah sedikit pun pudar,
Selain untuk mu (untuk mu).

Ku harapkan hanya padamu,
Ketulusan ini nanti kan ku jalani,
Tetap ku milikmu,
Mengertikah bila cinta ini,
Memang tak pernah sedikit pun pudar,
Selain untuk mu.



MENCINTAIMU SAMPAI MATI by UTOPIA

Dalam sepi
Engkau datang
Beri ku kekuatan
tuk bertahan

Kau percaya
Aku ada
Kau yang aku inginkan
Selamanya

Kau adalah hatiku
Kau belahan jiwaku
Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati

Di hidupku yang tak sempurna
Kau adalah hal terindah yang ku punya

Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati...




MENCINTAIMU by MAGNETO

Jauh sudah kujalani
Kisah cintaku yang penuh berduri di hati
Saat ku hancur dan rapuh
Ku tak yakin lagi cinta di dunia ini

Hari hari kulalui
Tanpa ku sadar ada yang masuk hatiku
Banyak yang inginkan dia
Dia yang tercantik hingga luluhkan hati

Yang tulus mencintaiku menyayangku
Memahami setiap nafasku
Saatku yakin dialah milikku
Sungguh engkau sempurnakan hidupku

Dan Tuhan masih menyayangi aku
Ia beri kau untukku
Tanpa pernah kusadari sempurnanya hidupku



CINTAILAH AKU SEPENUH HATI by ARI LASSO

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi


JAHAT by STACY

Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu




Ahad, Disember 26, 2010

TeNtAnG PeRaSaAnKu...

     
                                                                                 
    Masa aq dgr lagu nieh...aq tgh drive pulang ke rumah...bila aq dgr betul2 lirik dia...aq tersentap..Ya Allah!! lirik dia wat aq teringat seseorang..seseorang  yg amat aq sayang...bila igt dia..ilg semua rasa penat seharian aq bekerja..tp persaaan lain pula menjelma... waaaaaa....miss him  lah...huhuhuh....
      Aq try usha hencek google lirik lagu nie...aq hayati lirik dia...hurrmm...sesuai aq tujukan pada dia lagu
 nieh!!...
       "Awak...ini lah tentang perasaan saya pada awk....saya syg awk tau" 
       "Saya akn tetap menugggu awk hingga akhir hayat saya..."                                         



                                                                             
Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah ada sesalku untuk menunggumu
Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati
Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap akan tetap menunggumu
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati







                                                                            

Isnin, Disember 20, 2010

SYAHDUNYA BERCINTA KERANA ALLAH!!!!

     Hurmmm....tetiba jer rasa nak mencorat -coret something kt sini....asyik ceduk artikel owg jer keje aq nieh..hehehe...sesekali nak jugak ngarut2 blog sendiri...tetapi teringat lak kata2 seorang yg amat ku sayang. "ngarut2 lagi ke kt blog???".. ngeeee~  kan da kene perli nan si dia..huhuhu.... maaf lah awk..saya bkn ngarut cuma masa tue nak luahkan pe yg terpendam jer...hehehe..jgn marah naaa....sejak tue..aq jarang coret hasil ketukan pc aq sendiri...kebanyakkan aq ceduk dr mister google...huhuhu...mlm nie..aq terasa nak ketuk keybod pc aq nie ha..nak exercise jari2 nie....
     Aq tetiba teingat akan dia..dan tetiba juga teringat 1 msj yg ku terima mlm semlm...hati aq berbelah bagi utk mempercayainya....akal suruh bersabar dan cari jawapan..tapi hati mendesak utk memberontak.. akhirnya akal juga yg menang...akal ku manang kerana aq teringat ceramah si dia dulu..."jgn suke fikir bukan2..."  Ya...aq dah jnji nan dia yg aq x kan fikir bukan2...bila igt dia...aq lupekan saja msj yg telah ku terima...
     Aq ambil keputusan untuk tidur awal mlm semalam krn aq x mahu memikirkan ttg msj tue...selalunya sebelum tidur,aq akan hantar 'laporan' pd dia..hehehe...bkn laporan ape pun..cuma 1 msj yg sering ku hantar sebelum aq masuk tidur.. "salam..syg tidur dulu ya b.." lebih kuranglah laporan harian aq  kt dia sebelum aq masuk tidur...mlm semalam aq x hantar laporan tue...sbb pertama dia keje mlm lah...sbb  kedua dia tgh sibuk bekerja..sbb ketiga aq takut klu2 aq send msj kt dia nnt,aq akan teringat msj yg kuterima,dan aq bertanya pd dia....ishhh....dia dah la tgh bekerja...kompom dia x reply nan soklan cepu perak aq tue nnt...huhu.. last2 aq gak dok seriau sbb dok tggu msj dia pastu dok takut dia marah aq nan soklan tue nnt..biasalah aq nie kan hati kapas..jiwa tisu...senang jer hujan sampai banjir...heheheh...
    Tetapi kan...bila aq mangun tidur pagi tadi,aq dpt 1 msj dari dia..msj yg buat aq tersenyum smpai ke ptg..malah sampai sekarang nie..heheh...aq pun bls msj dia dgn hati yg berbunga2...bg ayat power sikit kt dia...tp siyes...sepanjang hari yg kulalui hari ini penuh dgn senyuman hingga aq lupe msj yg telah ku terima mlm semlm....hingga lah aq lihat inbox hp ku semula..tetiba aq teringat kembali msj tue..ALLAH!!! npe lah aq dok gatal tgk inbox aq tue..hajat hati nk baca msj yg dia kirim,nk wat semangat sebelum tidur nnt..hehehe
tp terbuka pulak msj hampeh tue..alahaiiiii.......x keruan suda hati ini kembali...
     Hurrmmmmm.......ehh...hujan pulak kt luar mlm nieh!! mcm tau2 jer hujan di hati aq mlm nie..waaaaa...
Kenape ea..disaat aq diulit bahagia..ade saje yg x senang melihat ku...ade aje ujian yg terpaksa aq lalui... dugaan yg maha hebat...hanya SABAR yg mampu aq pertaruhkan untuk harungi semua itu....
     AQ BUKAN PERAMPAS HAK ORANG LAH!!! BUKAN! BUKAN! BUKANNNNNNN! 

"aq bakal tunang ***.kami akn bertunang x lame lagi.jauhkan diri ko dr dia.ko x layak utk dia.owg kg mcm ko nie kan cuma layak utk pemungut sampah je.hanya aq yg layak utk dia.ko tue cuma tpt sandaran dia masa kami gado.aq nk warning kt ko,klu hubungan aq terputus krn ko,aq akn buat ko merana.klu aq x dpt dia,mean ko jg x kan dpt dia".

      Itu lah msj yg kuterima mlm semlm..

      Ya Allah!!! PadaMu kuserahkan segalanya... Ku akui aq terlalu menyayangi dia..Tapi syg ku padanya adalah kerana Mu Ya Allah!! ku cintakan dia kerana Mu.. ku rindukan dia juga kerana Mu Ya Allah!!! Hubungan  yg ku jalinkan ini adalah semata2 atas nama Mu Ya Allah!!! Tidak sesekali ku cintakan dia kerana dunia..tidak sesekali!!! Telah ku tetapkan di hati ini..andai perkenalan ini adalah atas izinMu, aq bersyukur kerana Kau telah kurniakan dia untuk ku....Di saat Kau mengizinkan hati ini untuk mencintainya, telah ku izinkan juga Kau mengambilnya semula dari ku kerana aq cintakan dia kerana Mu,maka biarlah perpisahan yang bakal terjadi nanti adalah kerana Mu...

      Aq tetap menyayangi dia untuk selamanya....dia yg penyayang..dia yg pemaaf..dia yang memahami..dia yang telah mencuri hati ini...hanya dia di hati.

     Syahdunya bercinta kerana Allah!!!!
    
      "Awak..ingin saya nyatakan sekali lagi pada awk..saya cintakan  awak kerana Allah...saya cintakan awak juga kerana awak ***_****_**** yg saya kenal dulu...saya sukakan awak kerana awak byk menasihati saya..saya sayangkan awak krn awak ada disisi saya bila saya memerlukan walaupun adakalanya
awak cuma memerhati dari jauh"

     Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Rabu, Disember 08, 2010

LoVe vS EgO...

Once there was an island,
where all the feelings lived togather
1day there was a storm in the sea &
island was about 2 drown.
Evry feeling was scared
but Love made a boat to escape.
Evry feeling borrowed the boat.
1 feeling was left.
Love got down 2 c
who it wasz?
It was EGO
Love tried & tried
but ego didn’t move.
Every1 asked love to leave ego
& come in the boat,
but love meant to love,
it remained with ego.
All other feelings left alive
but love died bcoz of EGO…………………


Isnin, Disember 06, 2010

AwAk...AwAk..AwAK...sAya sAyAnG aWak..... :)

Awak...
Saya akui awak bukan insan pertama dalam hati ini..
Pernah dulu seseorang mencuri hati ini
Tetapi,ia pergi jauh dari penglihatan..jauh dari perasaan...
Andai manusia bercinta atas dasar  perasaan yang belum pasti ikatannya..
Namun..saya akui setiap perkenalan tidak
Semestinya menjalinkan satu nama pertalian....
Andai hati awak resah..
Ingatlah...hati saya lebih resah memikirkan sayang
Yang tiada maknanya...
Kerana.....
Saya tak pasti adakah cinta di hati awk???
Awak...
Andainya hari ini saya hadir sebagai sahabat..
Izinkan saya menyayangi awk sebagai sahabat..
Andaikata esok saya sebagai teman  hidup...
Izinkan saya nyatakan yg saya akan menyayangi awk sebagai TEMAN HIDUP...
Dan...Andaikata saya bakal menjadi musuh awk..
Ingatlah awak adalah musuh yang amat saya sayangi...
Bila mengenag nasib hati..
Mereka akan tertawa melihat saya..
Menanti benda yang tak pasti...
Ingin saya hampiri..tetapi mereka berkata...
" tak perlu engkau mencari..mengejar mimpi yang tak pasti..
  hari ini ia pergi..mungkin esok ia akan dtg di sisi.."
Bila fikir sejenak..benar apa yang diungkapkan..
Tapi..sebaliknya hati adalah mainan perasaan...
Andaikata hati ini berperasaan..
Saya adalah manusia normal yang mengharapkan belaian..
Seorang insan yang tulus suci lahir dari hati bukan paksaan..
Pernah terdetik untuk meluahkan..
Namun sejuta tangan telah menahan..
Apa yang penting tak perlu menoleh pada benda yang belum pasti jawapannya....
Awak...
Dikesempatan ini...ingin saya nyatakan..
Sayang lahir dari tiga perasaan...
Andaikata salah satu perasaan itu adalah RINDU..
Bermakna awaklah insan yang bermain di hati saya..
Andaikata satu perasaan itu adalah DENDAM.....
Ingatlah!!
Awak adalah insan yang saya dendam dalam SAYANG!!
Dan andaikata satu lagi  itu adalah JUJUR..
Ingatlah bahawa saya SAYANG awak dengan
IKHLAS,SUCI dan JUJUR!!!
Allah bagi kita 24 jam sehari..
Tak salah sekiranya saya mahukan
5 minit dari masa awak..
Untuk menilai kasih sayang hubungan ini setakat mana.....
Andai hari ini kita tetap bersama..
Doakan kita akan tetap BERSAMA SELAMANYA..
Andai nya saya tak mampu SAYANG awak  dari dekat..
Izinkan saya SAYANG awak dari jauh..
KERANA..
"ANDAINYA KITA SAYANG SESEORANG ITU..JANGAN KITA MENGHALANG PERJALANANNYA..SEPERTIMANA DIA TIDAK PERNAH HALANG PERJALANAN KITA"
 




Jumaat, Disember 03, 2010

Berapa ramai suami boleh jadi Imam?

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya  disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita ini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"


Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


LIRIK LAGU ~ LuAhAn HaTi By KriSTaL


Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta
Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih





Rabu, Disember 01, 2010

Anugerah CINTA buat diriku...

Maha suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.

Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta.

Cinta nikmat bagi hati setiap insan. Tanpa cinta, manusia akan terus hidup dalam kesakitan dan kesukaran. Tanpa cinta, manusia akan saling benci membenci. Manusia akan hilang perikemanusiaan. Manusia akan sanggup menyakiti insan lain demi mencapai kepentingan diri.

Justeru, sucikanlah cinta dan suburkanlah perasaan itu dengan takwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam.

Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.

Syurga adalah matlamat setiap manusia yang beriman. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan apa dilarang. Orang yang layak menghuni syurga adalah mereka dalam kalangan yang baik-baik iaitu para rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Justeru, cinta juga boleh dijadikan alat untuk mencapai hasrat itu. Jadilah kita insan yang baik-baik agar tergolong dalam kalangan penghuni syurga.

Cinta dilahirkan di tempat baik (syurga), dianugerahkan Yang Maha Baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (Nabi Adam AS) dan diwariskan kepada orang-orang yang baik (para solihin). Cinta lahirnya di syurga dan akan berakhir di syurga.

Bercinta kerana Allah

Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.

Cinta adalah ‘hadiah’ daripada Tuhan. Maka, kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan ‘pemberi’. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taasub dengan cinta hingga merana jiwa dan lupa daratan.

Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta pada manusia mendahului cinta pada Allah.

Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Manusia yang sanggup lupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.

Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah al-Quran kerana anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta daripada Allah. Seperti mana firman Allah:


"Kami turunkan daripada al-Quran penawar-penawar dan rahmat bagi orang mukmin"
(al-Isra’: 82)


Begitu juga dengan amal ibadat lain. Jangan diabaikan kerana kita perlu cintai Allah melebihi segala-galanya. Ini termasuk mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita daripada ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan dalam hati.

Sentiasa menjaga peraturan cinta

Sebagaimana kurniaan lain, cinta dicetuskan dengan beberapa peraturan. Peraturan inilah yang mendorong manusia agar berada di landasan yang benar. Tanpa landasan ini, manusia akan tersasar kerana mengejar cinta.

Ia adalah syariat. Hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus.

Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Jauhilah yang haram kerana yang kemanisan dengan menempuh yang haram, maka akan berakhir dengan kepahitan. Bagi yang makruh dan harus, gunakanlah pertimbangan yang waras untuk melakukan atau meninggalkannya.

Pelihara cinta dalam rumah tangga

Cinta adalah ‘warisan’ Nabi Adam AS pada orang baik pada kemudian hari. Justeru, jadikanlah cinta sebagai alat untuk melakukan perkara yang baik-baik dalam rumah tangga.

Sabar, reda dan mujahadah semasa menjalankan tanggungjawab dan peranan dalam melayari bahtera rumah tangga.

Tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai. Maka, tempuhilah ujian itu dengan penuh sabar dan ketenangan. Ingatlah, ujian datang tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya. Semakin sayang Tuhan kepada kita, maka semakin hebat ujian diberi. Semuanya menuntut kesabaran dan ketakwaan.

Malah kecewa dalam bercinta di alam rumah tangga ujian kepada umat Islam selepas mengakui beriman kepada Allah.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." (al-Angkabut: 2-3).


Contohilah Ummu Sulaim yang mengingatkan suaminya bahawa anaknya adalah ‘pinjaman’ daripada Allah dan apabila anak itu kembali ke rahmatullah, ertinya ia dikembalikan kepada pemiliknya (Allah).

Mungkin contoh itu terlalu sukar untuk diteladani, namun contohilah ketabahan mereka dengan memaniskan wajah, menahan kata-kata yang buruk dan bertindak sebaiknya ketika ujian melanda rumah tangga.

Justeru, hadapilah setiap ujian dalam percintaan itu dengan tenang kerana yang terbaik sudah tentulah datangnya daripada Allah. 

~BERCINTA KERANA ALLAH BANYAK SEKALI DUGAANNYA..NAMUN BILA KITA MERASA KEMANISAN SELEPAS ITU...INSYAALLAH..BAHAGIA ADALAH MILIK KITA~

Selasa, November 23, 2010

MeNgApA oH mEnGaPa ?????

Mengapa oh Mengapa?

Adakalanya, tatkala saya duduk bersendirian di pejabat tanpa mahu mempedulikan kiri dan kanan saya, saya seperti hanyut dalam dunia sendiri. Saya hanyut dalam dunia yang bernama kenangan. Dan pastinya, meskipun kenangan itu mampu berulang, ianya tetap tidak akan pernah sama. Sepanjang hidup ini saya selalu beranggapan bahawa hanya saya sahaja yang memendam rasa stress ini dan orang lain semuanya bahagia saja.

Tetapi e-mail yang saya terima sebentar tadi telah mengubah fikiran saya. Ya, bukan hanya saya. Mereka juga begitu. Pernah dan sedang mengalami rasa yang sama. STRESS! Mungkin dalam kadar dan situasi yang tidak sama dan tidak serupa. Namun, stressnya tetap ada.

Sebetulnya, bila saya cuba untuk memujuk hati dan diri sendiri agar berusaha melihat sisi kehidupan dari sudut yang positif, mungkin benar, stress ini adalah petanda bahawa Dia rindukan kita. Mungkin juga dek kesibukan mengadaptasi diri dengan realiti kehidupan yang ternyata mencabar, kita semakin lupa dan jauh dari-Nya. Lalu, diberikan kepada kita rasa stress itu agar kita mahu kembali dan mengadu pada-Nya.

Stress itu satu rasa. Rasa itu dari siapa? Pastinya dari Pencipta. Justeru, bila mana kita merasakan wujudnya rasa stress itu di dalam jiwa, ke mana harus kita memandui hati dan jiwa? Pastinya kepada DIA~

Kerana jiwa yang selalu ingat pada-Nya itu, akan selalu merasa bahagia.

Kerana hati yang sering rindu pada-Nya itu, akan merasa aman sentiasa.

Kerana fikiran yang bertunjangkan iman pada-Nya itu, akan sering berasa redha.

Stress itu pada saya satu musibah bagi jiwa. Andai tak kena cara, salah tindakan yang diambil, mampu saja memakan tuannya. Seperti juga saya, dek kerana stress, saya mengambil keputusan untuk mengambil emergency leave pada hari ini, bimbang pemanduan menjadi kurang selamat. Mungkin bagi sesetengah orang, itu tindakan yang kurang kena, tapi saya percaya, saya perlukan masa untuk berjauhan sebentar dari dunia kerja sementara yang sebetulnya memeritkan jiwa.

AKHIRNYA.....

Dia memang sayangkan hamba-Nya. Maka diberikan hamba-hamba-Nya petunjuk agar tidak tersasar mencari pangkal jalan. Dan kita pula, jangan pernah lari daripada kalimat-Nya, kerana kita yang jauh dari-Nya, sukar ketemu jalan penyelesaian yang benar.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[64:11]


                                                                                

Ahad, November 14, 2010

SALAM AIDILADHA...



SALAM AIDILADHA BUAT FAMILY..BUAT DIA....SAHABAT KU MIMI DAN KIENAH..KAWAN-KAWAN YANG MENGENALI DIRI INI...DAN SEMUA UMAT ISLAM YANG MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
"BIARLAH KITA BERKORBAN MENUJU JALAN ALLAH UNTUK MENDAPAT REDHANYA"

Jumaat, November 12, 2010

Ya Allah..Perkenankanlah Doa Ku..

Ya Allah,ya tuhanku...

Hambamu ini memohon padamu,kau tunjukkanlah padaku bahawa dialah yang terbaik untukku,tunjukkanlah kelemahan nya supaya dapat ku mencintai kelemahannya,kau tunjukkanlah kelebihan nya supaya dapat ku mengucap syukur padamu kerana dipertemukan dengannya...

Ya Allah,

Kau berikanlah dia rahmatmu,kau sinarilah atinya dengan cahaya ilmu dan kegembiraan,jauhilah dirinya dari kesedihan,kuatkanlah atinya menempuh dugaan dan kau tabahkanlah hatinya menghadapi segala cabaran yang Kau berikan,kau limpahilah hidupnya dengan limpahan rezekimu dan lindungilah dirinya dari segala kesusahan..

Ya Allah,

andai dia bukan jodohku,Kau tabahkanlah hatiku,kau tenangkanlah hatiku,untuk menempuh hari-hariku tanpa dirinya lagi....Ya Allah,andai aku pergi dulu sebelum dirinya,Kau titipkanlah dia pengganti yang lebih baik dari diriku supaya dia dapat hidup dengan lebih bahagia,kau tabahkanlah hatinya untuk menghadapi ketiadaanku dan ku berharap dia akan melupakan aku dari ingatannya...

Ya Allah,Tuhan sekalian alam,

Kau restuilah hubungan kami agar sentiasa berlandas padamu,jauhilah kami dari tipu daya iblis yang menyesatkan,ya Allah,kau taburkanlah benih keimanan dalam hatinya dan kau tunjukkanlah dia jalan yang lurus,jalan yang Engkau redhai dan rahmati...Ya Allah,kau ampunilah segala dosanya,dan tempatkanlah dia di kalangan orang yang Kau sayangi....

Ya Allah,

kau telah menemukan kami,mengulit hati kami dan menabur rindu di hati kami,aku pinta kau kekalkanlah hubungan kami ini dan penuhilah hidup kami dengan cahaya cinta yang terpancar mekar di hati kami,dan satu pintaku, aku berharap agar akhirnya dia adalah pasangan hidupku,yang ingin ku temani buat selama-lamanya.....AMIN.....


CINTA IBARAT ULAT BELUNCAS...
MENCARI TEMPAT TERTINGGI UNTUK BERTAPAK...
MELAHIRKAN BENIH YANG NANTI AKAN BERKEMBANG
MENJADI SANG RAMA-RAMA YANG INDAH DI PUNCAK TERTINGGI POKOK KASIH...
YANG KELAK TERBANG BEBAS DI UDARA RINDU
MENGHIRUP SECANGKIR MADU CINTA....











Khamis, November 11, 2010

Wanita Dan Air Mata

*Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu ki“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan
.”



cinta cinta itu adalah pohonan rendang..
andai disemai bersama indahnya baja kasih,
maka mekarlah bungannya sayang,
namun andai di sakiti racun tiada kejujuran,
timbullah benci yang bisa melayukan...

                                                                                      
                                                                        

Selasa, November 09, 2010

WaHai haTi..TErSeNyUmLAh~

Wahai hati…
Senyumlah kau seperti bunga di pagi yang sedang mengembang
Senyumlah kau seperti rama-rama baru keluar dari kepompong
Senyumanmu bagaikan bintang-bintang bekerlipan di langit

Wahai hati…
Tutupilah kerisauanku dengan senyuman
Tutupilah kerinduanku dengan gelak tawa
Tutupilah kesunyianku dengan kenangan terindah

Wahai hati…
Kerisauanku itu menunjukkan aku mengambil berat tentang dia
Kerinduanku itu menunjukkan aku menyayangi dia
Kesunyianmu itu menunjukkan aku memerlukan dia

Wahai hati…
Sabarlah dalam menempuhi ujian dan dugaan ini
Usah khuatir usah resah
Tabahkan hatiku kuatkan semangatku

Wahai hati…
Berkat kesabaranku akan dibalas satu hari nanti
Kebahagian dan kegembiraan kelak akan menjadi milikku
Akan ku tunggu dengan penuh keredhaan dan kesabaran

Wahai hati…
Terimalah takdir Yang Maha Esa
Bersyukur dengan segala nikmat yang diberi oleh-Nya
Doa dan terus berdoa semoga Allah kurniakan yang terbaik buatku
INSYAALLAH....




Isnin, November 08, 2010

surat ayg utk abg..surat abg utk ayg..hihihi..


dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang


**********************************************************************************



Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang


~kikikiki.......

.: EmPUnYa bLoG :.

Foto Saya
QaSeH
~" KEIKHLASAN cermin kesucian hati...SABAR itu penahan derita...KETENANGAN itu tanda REDHAnya jiwa" ~
Lihat profil lengkap saya