topbella

Khamis, Mei 05, 2011

TASBIH FATIMAH R.A...

Saiyidina Ali r.a. berkata kepada murid-muridnya :
"Patutkah aku menceritakan kepada kamu semua kisah mengenai Fatimah r.a. yang paling dicintai dan dikasihi oleh Rasulullah SAW?"

Murid-muridnya memberi jawapan setuju,lalu beliau pun bercerita:
"Fatimah r.a. biasa menggunakan pengisar untuk mengisar bijirin yang menyebabkan tumbuhnya bintat pada tapak tangannya.Dia mengangkat air kerumahnya dalam sebuah beg kulit sehingga menyebabkan timbul parut di dadanya.Dia mencuci rumahnya seorang diri sehingga pakaiannya kotor.Sekali peristiwa,beberapa orang tawanan perang telah dibawaa ke Madinah.Aku pun berkata padanya:

"Pergilah engkau kepada Rasulullah SAW dan mohonlah padanya agar diberikan seorang pembantu supaya dapat membantumu di dalam kerja-kerja rumahmu." Dia pun pergi mendapatkan baginda tetapi didapati ramai orang telah mengelilingi baginda.Oleh kerana dia seorang yang bersopan santun,dia tidaklah berani untuk membuat permohonan itu kepada Rasulullah SAW di hadapan khalayak ramai.Pada keesokkan harinya,
Rasulullah SAW telah datang ke rumah kami dan berkata:

"Hai Fatimah!Apakah yang menyebabkan engkau datang kepada aku semalam?"

Dia merasa malu untuk menyatakannya lalu mendiamkan diri sahaja.Aku pun berkata: "Ya
Rasulullah,Fatimah telah tumbuh bintat-bintat yang menyelar ditangannya dan di dadanya disebabkan dia mengisar dan mengangkat air sendirian.Dia juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain urusan pekerjaan rumahtangga menyebabkan pakaiannya kotor.Aku menyuruhnya supaya menemuimu untuk meminta orang tawanan agar meringankan bebannya."


Rasulullah SAW pun berkata: "Takutlah akan Allah, hai Fatimah.Bertaqwalah dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja rumahtanggamu. Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah 'Subhanallah' 33 kali;'Alhamdulillah' 33 kali; dan Allah hu akbar 34 kali. Dengan ini akan engkau dapati lebih berguna dari seorang pembantu."


Fatimah berkata ; "Aku berpuas hati dengan Allah dan rasulNya."
Lihatlah kehidupan seorang anak perempuan Nabi yang dikasihi itu.Keadaan keluarga yang sederhana kehidupannya di masa kita ini dimana para wanita memikirkan adalah mulia untuk melakukan kerja-kerja urusan rumahtangga.Mereka memerlukan pertolongan dalam setiap urusan bahkan sampai dalam bilik mandi sekali pun!

Betapa jauh berbezanya dgn keadaan Fatimah r.a. Menurut hadith ini,zikir yang ditentukan hendaklah diamalkan sebelum tidur...Di dalam hadith-hadith yang lain,diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah menasihatkan Fatimah supaya membaca "Subhhanallah" 33 kali, "Alhamdulillah" 33 kali ,"Allah hu akbar" 33 kali
dan La ilaha ilallahu wahdahu lasyarikalahulahul mulku walahulhamdu wahuwa 'ala kulli syai 'in qadir sekali .....

* kita kaum hawa tidak boleh setanding FATIMAH R.A..tetapi kita boleh mengikuti apa yg FATIMAH R.A lakukan..InsyaAllah... :)*

Jumaat, April 29, 2011

APABILA KITA BERCINTA JARAK JAUH.... :)

Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.....

Bayangkan anda bertugas nun jauh selatan tanah air sedangkan si dia pula di utara..... Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama,rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.....

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya.... Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan....

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini.... Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi....
Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi... Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan....

- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia... Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan....

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.....

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan... Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata...

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati... Ketika inilah kawan menjadi penyeri... Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan... Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang... Di sini, ada yang kecundang...

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi... Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia.... Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan... Cinta perlukan komitmen... Cinta juga adalah tanggungjawab... Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia....

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.....

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang.... Janganlah tidak berjumpa langsung.... Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan...

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa... Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu...

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar... Buat secara selang seli... Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang...

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi... Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen... Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini....

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama.... Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu....

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain.... Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati....

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu....

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar... Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang.... Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu...

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta... Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu...

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang... Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia... Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia....

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu...

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu.... Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda..
_______________________________________________________

Cinta jarak jauh yg banyak m'guji aq...tp..Alahamdulillah.. kerana cinta jarak jauh ini telah pun berusia setahun...x penah kita b'jumpa..hanya sms dan panggilan pengerat mesra kita..tp sy x kisah awk..asalkan kita ttp b'sama dan setia... sy harap awk yakin dgn kejujuran dan kasih syg sy pada awk...alasan jauh bukan lah 1 alasan yg munasabah... sy byk belajar dr awk..InsyaAllah...1 ary nt kita akan b'temu jua..saat itu sy akan jd hak milik awk yg sah...biarlah sekarang kita b'korban..tp awk perlu igt bahawa..sy m'yayangi dn m'cintai awk kerana ALLAH....biarlah rindu ini terus di dlm aty..1 ary nnt..dgn izin Allah..rindu kita akan b'satu dan saat itu sy nak awak tahu yg sy akan sentiasa di samping awk hingga akhir hayat sy....

Khamis, April 28, 2011

JIKA KITA TAK MAMPU MENJADI BAIK......

Jika tidak mampu menjadi baik.. belajarlah untuk suka menjadi baik..payah sekalipun untuk menempati diri menjadi baik.. tetapi jangan sesekali tidak suka kepada yang baik

Apakah yang lebih indah dalam kehidupan ini selain ada padanya kebaikan...Malah menyebut-nyebut perkara yang baik-baik itu seperti mendengarkan alunan merdunya sebuah nyanyian yang menusuk kalbu....Masyarakat manusia ini memerlukan lebih daripada satu kebaikan....

Manusia yang akalnya sihat tentu sekali sukakan kepada perkara kebaikan...Jesteru kebaikan itu seumpama air manisan yang terasa manis dan lazatnya...Perkara kebaikan itu sangat meluas dan melebar susur medannya malah jika diperkatakan perkara sekecil-kecil kebaikan pun belum tentu mampu dilakukan seluruhnya.....

Menolak namanya kebaikan bermakna menerima adanya kejahatan yang wajar dihalalkan.Kerana bila orang menolak kebaikan tidak lain ia tidak hendak ada kompromi diantara kedua-duanya...Jesteru itu,bagaimanakah tanggapan yang sesuai dilabelkan kepada sejumlah yang berfikir seperti ini...Soalnya sifat baik dan buruk itu bukanlah sesuatu yang dibuat-buat,direka-cipta kerana ia memang sifat fitrah kepada masyarakat manusia...

Sesuatu yang jahat itu sebenarnya jika dapat difahami juga mengundang kebaikan kepadanya...Lantaran jahatnya seseorang itu sehingga dijadikan sempadan contoh kepada yang lain agar tidak condong berbuat sepertinya.....Maknanya dimana rasional ada yang menolak kebaikan walhal pada yang jahat itupun terdapat kebaikan....

Tetapi tetaplah menginginkan menjadi baik tidak kira diawal,dipertengahan malah di ujungan usia.. jika tidak mampu menjadi baik,selalu-selalulah mendengar yang baik.. samalah juga belajar untuk suka menjadi baik..Begitulah pada baik itu sifatnya tidak berubah..baik pun manusia itu berubah laku dan sikap serta tabiatnya..fitrahnya tetaplah dicarikan kepada yang baik itu.. selama mana akalnya mampu berfikir waras

Akhirnya...
jika tidak mampu pun untuk menjadi baik
belajarlah untuk suka menjadi baik
tidak mengapa jahat menjadi baik...sesekali jangan baik menjadi jahat...

Wallahu'alam...

Ahad, April 17, 2011

CINTA TELAH MEMOTIVASIKAN KU.. :)

Love is my motivation, I should say...Hee...I want to do well to achieve my dream... It’s great, when everytime I feel drifting,there’s someone to keep me afloat... Even greater,to have someone share my dream,,....



DOA BUAT KEKASIH
Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah…
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan….
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku….
kerana engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina Kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin..

LOVE N BE LOVED

Cinta,suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata...Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri...Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami...Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung...
Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda,tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada diri,sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya.Jika sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis...Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan....
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda ” sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka ,dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku....
Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah…
Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan; kehebatan terhadapNya; timbul rasa cinta; kasih pada Penciptamu;
Mencintai Allah s.w.t dah Rasullullah s.a.w. melebihi cinta terhadap makhluk ianya cinta yang hakiki; abadi kerana hati yang pecah,retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak;terburai tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.....
“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan,kerana ia tidak kekal,cintakan manusia seringkali membuat seseorang itu gagal,kecewa,menderita;tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian;kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri,”kata-kata Rabiatul Adawiah....
Namun Cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia, merupakan kebahagiaan... Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki... Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni... Bercintalah sehebat manapun, selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun, serta pasangan Romeo; Juliet.... Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita... Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang,dewasa beriman malah berperibadi mulia...
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi...
Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untukya...
Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapanya adalah kerukunan; persefahaman yang berpanjangan....




Cinta Kepada Allah, Itulah yang Hakiki
Cinta bagaikan lautan,sungguh luas dan indah... Ketika kita tersentuh tepinya yang sejuk, ia mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tengah, yang penuh rintangan,hempasan dan gelombang pada siapa sahaja yang ingin mengharunginya.Namun carilah cinta yang sejati,di lautan cinta berbiduk takwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, insyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu: cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan, bukan pula kerana desakan nafsu yang menggoda....
Cintailah Allah,berusahalah untuk menggapai cintaNya.Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 perkara yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT:
1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik...
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.
3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan perbuatan...
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan dengan kehendak hawa nafsu...
5. Menanamkan dalam hati Asma’ul Husna dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya...
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita...
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah...
8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur...
9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.....
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah...
Saling mencintailah kerana Allah agar dapat mendapatkan kecintaan Allah... Dalam hadith Qudsi Allah berfirman; “CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu,CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu,dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan keranaKu”...
Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya,nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya....
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda; “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini,Aku menaungi mereka dengan naunganKu“.... HR. Muslim
Bahkan Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah,yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka. Nasa’i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra,Rasulullah bersabda; “Di sekeliling Arasy,terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula.Mereka bukanlah para nabi atau syuhada,tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka”.....
Para sahabat bertanya,“Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka!”
Beliau bersabda,“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah”...
“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga”...
Akhirul qalam, bertanyalah pada diri kita sendiri:
Sudahkah aku menemukan cinta yang hakiki, cinta yang sejati dalam hidup ini?
Sejauh mana aku mengenalNya, asma’ (nama)Nya, sifat-sifatNya, kehendakNya, laranganNya?
Seringkah aku mengingatiNya, menyebut namaNya melalui zikir-zikir yang panjang?
Seringkah aku mendekatkan diri kepadaNya dengan sholat serta ibadah-ibadah lainnya?
Seringkah aku merintih, mengadu dan mengharap kepadaNya melalui untaian doa yang keluar dari lubuk hati....
Sudahkah aku mengikuti kehendakNya dan menjauhi larangan-laranganNya?
Apakah aku mencintai seseorang keranaNya atau kerana dorongan nafsuku sendiri?
Sejauh mana aku berusaha untuk mengekang hawa nafsuku sendiri?
Hubungan Cinta dan Keimanan
Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan... Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan;sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan... Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Al Ustadz Imam Hasan Al Banna mengatakan bahawa “dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”. Bagaimana tidak jikalau iman tanpa cinta akan pincang,dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan... Selain itu iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa iman...
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW;“Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT”... Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah
Tidak hairanlah ketika Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya,atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi... Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan... Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya,yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahawa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan isterinya... Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman,sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya tersebut demi mempererat kembali cintanya kepada Allah. Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah,saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah,namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya....
Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda; “Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api”..... HR. Bukhari dan Muslim
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; “Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai”... HR Muslim..
Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan... Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan...
“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” HR Abu Daud dan At-Tirmidzi..
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Q.S Ar-Ruum : Ayat 21...
Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah menikah). Jadi tak perlu menunggu “jatuh cinta dahulu” baru berani menikah, atau pacaran dahulu baru menikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana (na’udzubillahi min zalik). Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan, sehingga nantinya tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat.....
Dalam Islam ada peringkat-peringkat.. cinta, siapa yang harus didahulukan / diutamakan dan siapa / apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyetarakan semuanya.
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” Q.S Al-Baqarah : Ayat 165
Menurut Syaikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta (maratibul – mahabah), iaitu:
1. Peringkat ke 1 dan yang paling tinggi/paling agung adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata-mata. “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin.”
“Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah”. Q.S Al-Baqarah:Ayat 165
2. Peringkat ke 2; ‘isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya.
“Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Q.S Aali Imran : Ayat 31
3. Peringkat ke 3; syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Peringkat ke 4; shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah.
5. Peringkat ke 5; ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan sebagainya.
6. Peringkat ke 6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta/keinginan kepada selain dari manusia: harta benda. Namun keinginan ini sebatas intifa’ (pendayagunaan/pemanfaatan ).
Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabbah disebaliknya... Cinta adalah mahabbah.... Mahabbah adalah sesuatu kecantikan yang amat tinggi nilainya....
Mahabbah itu sebenarnya adalah suatu kecantikan yang padu, hanya tertumpu untuk Allah s.w.t. Dalam tasawwuf, mahabbah bererti patuh kepada Allah s.w.t. dan membenci sikapyang melawan kepadanya...
Andainya perkataan cinta akan terucap dari rekahan bibir kita ketahuilah bahawa cintaatau mahabbah itu harus melalui 3 peringkat :
Pertama : Cinta Orang Biasa
Dia seorang yang selalu mengingati Allah s.w.t. dengan berzikir, suka menyebut Asmaul Husna dan memperoleh kesenangan dalam beribadah kepadaNya serta sentiasa berzikir memujiNya.
Kedua : Cinta Orang Jujur
Dia mengenalTUHAN-nya ; seperti kebesaranNYA, kekuasaanNYA dan ilmuNYA,lalu lahirlah rasacinta yang demikian hebat hingga seluruhperasaannya, menjadi rindu yang tidak tertanggung.
Ketiga : Cinta Orang Arif
Cintanya adalah kerana dia kenal benar dengan Allah s.w.t. Yang dilihat dan dirasa bukan lagi cinta tetapi diri yang dicintai. Sifat-sifat yang dicintainya masuk ke dalam diri yang mencintai hingga lahirlah dia sebagai seorang manusia yang begitu baik dalam segala segi.
Tentang cinta mencintai ini Allah s.w.t. berfirman dalam Al Quran maksudnya:
“..Allah s.w.t. akan mendatangkan suatu kaum yang Allah s.w.t. mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya.” Al-Maidah : 54
“..Jika kamu(benar-benar) mencintai Allah s.w.t, ikutilah aku, nescaya Allah s.w.t. mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu..” Ali-Imran : 31
Tentang cinta ini juga Rasulullah sawbersabda sebagaimana yang diriwayatkanoleh Bukhari dan Ahmad bin Hanbal : ”Hampir-KU sentiasa mendekatkandiri pada-KU dengan perbuatan-perbuatan hingga AKU cinta padanya. Orangyang-KU cintai menjadi telinga, mata dan tangan-KU.”
Cinta kepada ALLAH SWT(hubb al-ilahiyyah) adalah cetusan dari perasaan cinta dan rindu yang mendalamkepadaNYA. Rabiatul Adawiyah seorang wali berkata ; “Aku mengabdikan kepadaALLAH bukan kerana takut kepada Neraka…., bukan pula kerana ingin masukSyurga…tetapi aku mengabdikan kerana cintaku dan rinduku kepadaNYA dan“TUHAN-ku jika kupuja ENGKAU kerana takut pada Neraka, bakarlah aku didalamnya; dan jika kupuja ENGKAU kerana mengharapkan Syurga, jauhkanlah akudaripadanya; tetapi jika ENGKAUkupuja semata-mata kerana ENGKAU maka janganlah sembunyikankecantikanMU yang kekal itu dari diriku.”
Perasaan cinta yang telah meresap ke dalam lubuk hati Adawiyah menyebabkan diamengorbankan seluruhhidupnya semata-mata untuk beribadah kepada ALLAHSWT. Cinta Adawiyah kepadaNYA merupakan cinta suci, murni, dan sempurnaseperti yang disenandungkan dalam syairnya;
Aku mencintai-MU dengan dua cinta,
cinta kerana diriku dan cinta keranadiriMU.
Cinta kerana diriku sentiasa mengingati MU,
cinta kerana keadaanMU menyingkapkan tabir hingga ENGKAU ‘kulihat’.
Cinta kepada ALLAH SWT memenuhi jiwa Adawiyah, sehingga dia menolak setiap lamaran. Dia mensyaratkan sesiapa yang hendak mengahwininya harus meminta izin kepadaNYA. Ketika seseorang bertanya; “Apakah engkau benci pada syaitan ?” Dia menjawab :“Tidak, cintaku kepada TUHAN tidak meninggalkan ruang kosong dalam diriku untuk rasa benci pada syaitan,”
Ketika ditanya pula cintanya pada Nabi Muhammad saw. Adawiyah menjawab “Aku cinta Nabi saw tapi cintaku kepada KHALIK memalingkan diriku dari cinta kepada makhluk.”....
*Cintailah ALLAH melebihi segala-galanya kerana itulah cinta yang abadi…Mogaku perolehi cinta sedemikian walaupun rasa kerdil dan hinanya diriku disisi MU ya ALLAH.....

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Those who believe and whose hearts are set at rest by the remembrance of Allah; now surely by Allah’s remembrance are the hearts set at rest. (Ar Ra’d:28)
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu , tenang tenteramlah hati manusia”
وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونََ
And this is a Book which We have revealed as a blessing: so follow it and be righteous, that you may receive mercy (Al-An’am :155)
“Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.”



Anyway, I am one really fortunate individual. I am loved from all sides. I feel loved by everyone around me. Thank you, God, Alhamdulillah...... All praises are due to Allah, for providing me with so much love..... Insyaallah, tomorrow will be a great day as well.......

Jumaat, Mac 18, 2011

KEBENARAN ADALAH KEBENARAN!!!!!!!



Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.

Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Bak kata kata Rasulullah s.a.w:

“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk dirinya atau puaknya, maka dengan lantangnya dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada dirinya dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya, atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.

Golongan fanatik parti dan mazhab selalu melakukan perkara yang seperti ini. Dunia juga rosak apabila kebenaran itu dilacurkan untuk mendapatkan habuan atau keuntungan.



Sesiapa yang ingin berjuang menegakkan kebenaran, menyebarkan Islam yang tulen tanpa mengenal batasan kepentingan diri, puak, parti dan manusia keseluruhan perlulah nekad menggalas bebenan tersebut dengan penuh jujur. Ia adalah amanah. Membela dan menyokong kebenaran adalah tanggungjawab yang dipersoalkan Allah pada hari Kiamat kelak.

Namun ramai orang yang tersasar kerana merasakan tujuan mereka menyokong dan menyebarkan kebenaran adalah untuk mengecapi nikmat keuntungan dunia hasil dari kemenangan atau habuan yang bakal diperolehi. Maka bukan sedikit mereka yang bergelar pejuang Islam atau organisasi Islam yang telah mengubah halatuju dan prinsip apabila dirasakan buah yang hendak dipetik belum mahu masak.

Mengubah prinsip kebenaran kerana mengharapkan sokongan pihak lain amatlah buruk. Allah mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika menghadapi cabaran yang berbagai daripada para pembesar Quraish dengan firmanNya:

(maksudnya) “Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentu mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sedikit cenderung kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman kami”. (Surah al-Isra, ayat 73-75).

Atas hubungan jiwa dengan teguh dengan wahyu, seorang pejuang kebenaran yang membawa arahan Islam akan terus memapah risalah kebenaran itu di kala senang atau susah, di saat di julang atau dibuang, samada dikeji atau dipuji, samada dipuja atau dihina, samada ketika di atas atau ketika ditindas. Kalah atau menang adat perjuangan, namun kebenaran adalah kebenaran.

Allah memuji mereka yang ikhlas seperti ini dan tetap pendirian. Firman Allah: (maksudnya)

“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun” (Surah al-Ahzab ayat 23).

Wa’allahualam.


Rabu, Mac 16, 2011

~SALING MEMERLUKAN~

 

 

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan di hujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.





Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmati-Nya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.




Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. Insya Allah.


Ahad, Mac 13, 2011

~JANGAN TANYA LELAKI.....~

 


1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.




5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan , lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.



Sabtu, Mac 12, 2011

LIRIK LAGU : DI SAAT AKU MENCINTAIMU by DADALI

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............






(first time dengar lagu nie hari tue...syahdu giler beb!!...melayang2 jiwa bila dengar lagu nieh!!..
aq ske dgr part korus tue...
"Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta……."
waaaaaaaa...........
cam nak nangis jerk...huhuhhuu)

Jumaat, Mac 11, 2011

BAYARAN SEBUAH KEMAAFAN



Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."
ah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.
Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.
Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.
Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.
Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.
Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?
Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.
Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?





SELAMAT TINGGAL
Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?
Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?
Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.




Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]


Khamis, Mac 10, 2011

CINTA DARI PANDANGAN IMAM AL SHAFIE




IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”




Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”


~MENEPATI JANJI~




Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat yang ertinya, "Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan hanya kepada-Ku lah kamu harus takut (tunduk)."

Dinul Islam sejak kedatangannya mempunyai tujuan yang indah, iaitu membangun masyarakat yang ideal penuh dengan keutamaan, jauh dari kehinaan, saling tolong menolong atas dasar taqwa dan kebaikan, serta saling berwasiat dengan kesabaran dan kebenaran. Dinul Islam juga mengajarkan agar setiap muslim menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia. Dan di antara akhlak yang mulia itu adalah menepati janji. Allah SWT berfirman yang ertinya, "Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (iaitu): janganlah kalian beribadah kepada selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin."

Menepati janji Allah dan rasul-Nya adalah pokok atau keutamaan dari semua janji. Bila seseorang berhasil menepati janji Allah dan rasul-Nya, maka ia akan berhasil pula dalam menepati janji lainnya. Sebaliknya, bila ia gagal memenuhi janji Allah dan rasul-Nya, maka ia adalah orang yang tidak lagi memiliki janji dan keamanan. Kerana, antara janji dan keimanan saling berhubungan.

Berdasarkan ayat dari surat Al-Baqarah di atas, yang dimaksud dengan janji Allah adalah beribadah hanya kepada-Nya. Adapun yang dimaksud dengan janji rasul adalah mengikuti perjalanan, sirah, dan konsep kehidupannya. Allah SWT berfirman yang ertinya, "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: 'Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya'. Allah berfirman: 'Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu'? mereka menjawab: 'Kami mengakui'. Allah berfirman: 'Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersamamu'."

Tidak diragukan lagi, menepati janji selain tanda dari keistiqamahan, ia juga merupakan tiang dari kepercayaan seseorang. Kalau menepati janji tidak ada, maka istiqamah dan kepercayaan juga tidak ada. Allah SWT berfirman: "(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa." Dalam sisi lain, Islam juga mencela bagi mereka yang menghianati amanat. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya binatang(makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. (iaitu) orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dengan mereka, sesudah itu mereka menghianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya)." Ada ungkapan yang menyebutkan bahawa janji itu adalah hutang. Oleh kerana itu harus dipenuhi.

Disamping itu, janji juga akan diminta pertanggungjawabannya. Allah SWT berfirman, "Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggung jawabannya." Atau, dalam firman-Nya yang lain, "Dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kalian berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) sesudah meneguhkannya."





Oleh kerana itu, siapa saja yang telah berjanji kepada sesama manusia, entah itu berkenaan dengan janji membayar hutang, memenuhi undangan, berkumpul di suatu tempat dan sebagainya, maka janji-janji itu harus dipenuhi dan tak boleh diingkari. Rasulullah saw bersabda, "Ada tiga hal, siapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah orang munafik, meskipun dia solat, puasa, haji, berkata bahawa dirinya adalah seorang muslim. Tiga hal tersebut adalah: apabila berbicara berbohong, apabila berjanji mengingkari, dan apabila diberi amanat, berkhianat."

Termasuk menepati janji yang perlu diperhatikan adalah membayar hutang. Kerana, membayar hutang memiliki kedudukan yang kuat di sisi Allah SWT. Maka, siapa yang telah berhutang, hendaklah ia berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memenuhi hutang tersebut, dan Allah akan menjamin pelunasan hutangnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda, "Tiga hal yang merupakan kewajiban Allah untuk memberikan pertolongan, yaitu seorang budak mukatab yang berusaha melunasi dirinya, orang yang menikah kerana menjaga kehormatan dan orang yang berjihad di jalan Allah."

Hadis di atas memberi penjelasan bahawa Allah memberi uzur (pelepasan) bagi orang yang kesulitan membayar hutang kerana keadaan yang sulit atau kerana adanya musibah. Adapun bagi mereka yang mampu melunasi, tetapi tidak segera membayarkannya, maka hal ini termasuk sikap meremehkan dan kemewahan yang dibenci. Sementara, mereka yang berhutang dan berniat tidak mengembalikannya, ini termasuk orang yang merosak janji. Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang mengambil harta manusia, kerana ingin ditunaikan kepada yang berhak, nescaya Allah akan menyampaikannya. Namun barangsiapa mengambil harta manusia kerana ingin dihilangkannya. Maka Allah akan menghilangkannya."

Kerana itu, marilah kita takut kepada Allah dan marilah kita penuhi janji-janji dan marilah kita melaksanakan amanat. Rasulullah saw bersabda, "Tidak ada iman bagi yang tidak melaksanakan amanat, dan tidak ada dien bagi yang tidak memenuhi janji."
Wallahu a'lam bishshawab.


Sabtu, Mac 05, 2011

DIAM vs BERKATA-KATA

         



 DIAM...DIAM..DIAM....
Arghhhhhh~ aq rasa berdiam diri itu lebih baik dr aq berkata2 atau meluahkannya... klu aq meluahkannya aq takut...aq takut akan melukai hati semua..aq takut akan melukai hati org yg aq kasihi dan sayangi...
biarlah aq menjaga hati orang...dr aq melukai hati orang..
bagi ku..kegembiraan orang tersayang yang berada disisi ku adalah lebih
penting dari meluahkan ape yg terpendam dalam lubuk hati ini...
Ku sembunyikan rasa terkilan ku..ku sorokkan rasa kecil hati ku... ku cuba lupakan rasa sakit hati ku...
semua kerana aq tak mahu lagi melukai hati sesiapa....
Ku simpan semuanya jauh dalam lubuk hati ku... ku cuba untuk tersenyum..
ku cuba juga untuk tertawa riang..
Sifat ku bila ada masalah mengundang kehidupan harian ku..aq akan
berdiam diri...aq akan menyepikan diri...aq akan cuba muhasabah diri ku...
muhasabah diri ke arah berfikiran positif..
walau sehebat mana pun sakit hati ini..keterasaan hati ini terhadap seseorang...
InsyaAllah..aq mmpu sembunyikannya..
Berdiam bukan bererti aq kalah...
TIDAK!!!
Aq tak kalah..aq cuma beri ruang pada diri ini untuk berfikir...
Bagi ku berdiam adalah jalan terbaik untuk ku..
HANYA YANG MEMAHAMI AQ AKAN MENGENALI SIAPA AQ SEBENARNYA!!
Thanks for somebody...kerana mengenali siapa diri ini... kerana sudi memahami diri ini.. kerana masih mencuba untuk terus dan terus memahami diri ku ini..
Jika ku berdiam diri..dia mengerti bahawa ada sesuatu sedang bermain2
di fikiran ku ini...
"alaa...'sy' kenal 'awk' da lama.."
" 'sy' da fhm 'awk' camane!!"
hihhi..ayat yg tak akan ku lupa krn setiap kali sesuatu terjadi pada ku...
dan yg membuatku berdiam diri...ayat ini sering menjengah di telinga ku
dan yang sering diucapkan oleh dia pada ku....
Huurmmm~
Dalam tawa ku terselit rasa terluka...
Dalam senyum ku tersembunyi rasa gundah...
Dalam kata2 ku tersorok ungkapan sayu..
CUMA...
Tak siapa yang tahu...
Bagi ku....Andai semua ini adalah mahar kebahagiaan....
Biarlah aq menjadi lilin menerangi kegelapan orang...
Kerana tika dan saat ini..
AQ BAHAGIA MENJADI DIRI KU!!!


Sabtu, Februari 26, 2011

~NUKILAN DARI HATI YANG HINA~





Ya Allah Ya Tuhanku..
Diriku ini sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan,
Hingga dosa-dosaku menggunung tinggi tiada terhitung oleh insan,
Seakan bakal runtuh menenggelamkan daku dlm kisah silam,
Terlalu banyaknya dosa-dosaku umpama pepasir dipantai yang berselerakan,
Hingga tiada terhitungnya dalam kehidupan,
Terasa diri ini terlalu hina untuk menghadapMu, Tuhan sekalian 'alam..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Selama ini ku telah tersasar jauh dalam kesesatan,
Kesesatan dunia yang sentiasa mencengkam jiwaku menuju kebinasaan,
Setiap langkahku sentiasa diiringi dengan kesombongan,
Setiap pergerakanku sentiasa diselaputi dgn kebanggaan,
Setiap pertuturanku diselangi dgn keria'kan
Setiap pernafasanku dihembusi dgn ketakburan...
Betapa besarnya dosa-dosaku selama ini Ya Allah...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Terlalu banyak kekhilafan dalam hidupku,
Hingga diriku sendiri tidak mengenal jiwaku,
Adakalanya tiada terhitung semuanya oleh diriku,
Diriku terus kelam dlm kegelapan dosa-dosaku,
Kehitaman hatiku mulai menebal kerna tiada ruang lagi untuk diselitkan dgn dosa2ku,
Hingga hilanglah serinya tanpa arah tujuan dalam menuju keredhaanMu..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Setiap insan inginkan kebahagiaan dlm hidupnya,
Hingga bermacam-macam cara dilaksanakan oleh jiwa,
Kerana setitis air direbut-rebutkan oleh manusia,
Sedangkan selautan luas airnya tidak dapat dilihat dihadapannya,
Kerana mata hati sudah terhijab dari rahmatNya kerana dosa-dosanya...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Disaat ini, daku mengetahui hakikat kesempurnaanMu Yang Maha Berkuasa,
Apatah lagi Maha Mengetahui akan segala-galanya,
Maka jadikanlah jiwaku menerima sesuatu takdirMu dgn hati yang terbuka,
Berkat dengan keredhaanMu, jadikanlah jiwaku sentiasa redha dlm setiap perkara,
Kerana dunia ini bukanlah bernilai untuk selama2nya,
Namun biarlah akhirat sana menjadi tujuanku yang utama..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Seperit mana kumelalui kehidupan dunia,
Sesukar mana ku diuji dan diduga,
Namun ku yakin pasti ada ganjaran dariMu atas segala2nya,
Pasti ada hikmah yang terselit disebalik ujianMu yang melanda,
Kerana masa kan Engkau ingin menzalimi hamba2Mu yg dhaif lagi hina,
Kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha "adil lagi saksama..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Letakkanlah keyakinanku pada janji-janjiMu kedlm diriiku,
Tempatkanlah keredhaanMu sepanjang kehidupanku kedlm jiwaku,
Selitkanlah cintaMu yang suci lagi hakiki kedlm hatiku,
Agar ku bisa merasai ketenteraman dan kedamaian di sepanjang perjalanan hidupku..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya setiap kurniaanMu adalah amanah bagiku,
Dan setiap dugaan dariMu adalah ujian keimananku,
Kerana masa kan Engkau menjadikan sesuatu dengan sia-sia untukku,
Kerana pasti semua itu akan diberi diperhitungkan dihadapanMu...








Ya Allah Ya Tuhanku,
Selama ku hidup didunia ku tak mengenal erti kesyukuran,
kerana diri sentiasa tidak tahan dgn ujian,
apatah lagi setiap kemahuan tidak menjadi kenyataan,
pasti memberontaklah jiwa dlm menghadapi kesulitan..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kupohon padaMu, kuatkanlah daku dengan kekuatan iman,
jadikanlah hidupku dgn kesabaran yg berpanjangan
kurniakanlah jiwaku akan sifat redha pd setiap ketentuan dlm kehidupan,
rahmatilah hatiku dengan hidayahMu secara berterusan,
agar daku menjadi seorang hamba yang sentiasa redha, sabar dan bersyukur kpd Tuhan....

Biarlah daku hina didunia, namun jangan jadikan daku hina di akhirat sana...
Biarlah daku tidak dipandang manusia, namun janganlah Engkau berpaling dari memandang jiwaku walaupun sedetik masa..
Biarlah daku tidak memiliki apa yg diimpikan di dunia, namun biarlah daku memperoleh syurgaMu yg menjadi impian seluruh manusia.....
Akan kusematkan dalam hatiku bahawa mardhatillah menjadi buruanku di dunia, agar dapat kubertemu dengan-Mu dengan hati yang suci di syurga sana...~


Khamis, Februari 17, 2011

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


wasalam………………….


Jumaat, Februari 04, 2011

KERANA BULU MATA MASUK KE SYURGA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”


Jumaat, Januari 21, 2011

JIKA KAUM HAWA MENGALIRKAN AIR MATA............

Jika kaum hawa menangis...

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin karana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

fikirkan….

Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan keranamu……

Dia menangis bukan karana dia lemah
Dia menangis bukan karana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki

fikirkanlah tentang hal itu

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah

Hanya kau yang tahu jawabannya….

Pertimbangkanlah

Kerana suatu hari nanti

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mengatakan ‘MAAF’!!




Selasa, Januari 18, 2011

As-suqut 'alamatur redha -> diam tandanya redha~






As-suqut 'alamatur redha -> diam tandanya redha~

Selalu kan dengar ayat tu? Diam tanda setuju.... Diam tanda mengiyakan. Selalunya, perempuanlah yang kena tempias ayat ni....Kesian kat kaum aku..huhu

Tapi bagi aku, sebenarnya taklah.... Tak semua perempuan macam tu. Contohnya aku. Diam adakalanya tanda protes. Bahaya sebenarnya diam perempuan ni.... Jadi untuk lelaki diluar sana, janganlah cepat sangat bersangka macam tu; diam  tanda menerima....

Aku kalau marah pun, aku akan diam. Diam dan muka nampak memerah yang kemudiannya orang lain menyangka aku mengiyakan dan mula malu-malu. Aduhhhh. Betapa bengangnya apabila disangka begitu

Tapi jujurnya aku cakap, jika kita kena marah dan bila ingin membela diri kemudian diarahkan untuk diam kerana tak layak untuk bersuara, ianya amat-amatlah menyakitkan hati. Mesti korang pun sakit hati kan? Kan? ......tiba-tiba rasa sakit hati tu datang..warghh.......

Diamlah bila perlu, dan bersuaralah juga bila perlu. Jangan hanya diam. Diam takkan membawa apa-apa. Dan untuk orang yang suka mengarahkan orang lain diam dan menjadi 'telinga' dia, fahami jugalah jika kalian berada ditempat si 'telinga' korang tu, korang sendiri akan merasa macam mana sakitnya jiwa diperlakukan begitu =_=' Sedangkan masing-masing sedia maklum yang setiap individu ada kebebasan untuk bersuara, kenapa harus disekat? Dan kenapa juga tidak mahu memahami?

Cuma bila dah bersuara tu janganlah pula sampai berbalah, berpada-pada sudah. Aiyak, tiba-tiba terasa susah jugak jadi perempuan ni. Kena jadi penurut kata selalunya walaupun dalam hati memprotes marah, memprotes ingin bersuara tetapi bimbang pihak lagi satu terasa hati, bimbang juga takut tersalah perkataan dan akhirnya terpaksa juga diam dalam terpaksa.

Walau pape pun..diam ku ade juga maknanya...DIAM KU DIAM GUNUNG BERAPI....

.: EmPUnYa bLoG :.

Foto Saya
QaSeH
~" KEIKHLASAN cermin kesucian hati...SABAR itu penahan derita...KETENANGAN itu tanda REDHAnya jiwa" ~
Lihat profil lengkap saya