Ya Allah Ya Tuhanku..
Diriku ini sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan,
Hingga dosa-dosaku menggunung tinggi tiada terhitung oleh insan,
Seakan bakal runtuh menenggelamkan daku dlm kisah silam,
Terlalu banyaknya dosa-dosaku umpama pepasir dipantai yang berselerakan,
Hingga tiada terhitungnya dalam kehidupan,
Terasa diri ini terlalu hina untuk menghadapMu, Tuhan sekalian 'alam..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Selama ini ku telah tersasar jauh dalam kesesatan,
Kesesatan dunia yang sentiasa mencengkam jiwaku menuju kebinasaan,
Setiap langkahku sentiasa diiringi dengan kesombongan,
Setiap pergerakanku sentiasa diselaputi dgn kebanggaan,
Setiap pertuturanku diselangi dgn keria'kan
Setiap pernafasanku dihembusi dgn ketakburan...
Betapa besarnya dosa-dosaku selama ini Ya Allah...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Terlalu banyak kekhilafan dalam hidupku,
Hingga diriku sendiri tidak mengenal jiwaku,
Adakalanya tiada terhitung semuanya oleh diriku,
Diriku terus kelam dlm kegelapan dosa-dosaku,
Kehitaman hatiku mulai menebal kerna tiada ruang lagi untuk diselitkan dgn dosa2ku,
Hingga hilanglah serinya tanpa arah tujuan dalam menuju keredhaanMu..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Setiap insan inginkan kebahagiaan dlm hidupnya,
Hingga bermacam-macam cara dilaksanakan oleh jiwa,
Kerana setitis air direbut-rebutkan oleh manusia,
Sedangkan selautan luas airnya tidak dapat dilihat dihadapannya,
Kerana mata hati sudah terhijab dari rahmatNya kerana dosa-dosanya...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Disaat ini, daku mengetahui hakikat kesempurnaanMu Yang Maha Berkuasa,
Apatah lagi Maha Mengetahui akan segala-galanya,
Maka jadikanlah jiwaku menerima sesuatu takdirMu dgn hati yang terbuka,
Berkat dengan keredhaanMu, jadikanlah jiwaku sentiasa redha dlm setiap perkara,
Kerana dunia ini bukanlah bernilai untuk selama2nya,
Namun biarlah akhirat sana menjadi tujuanku yang utama..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seperit mana kumelalui kehidupan dunia,
Sesukar mana ku diuji dan diduga,
Namun ku yakin pasti ada ganjaran dariMu atas segala2nya,
Pasti ada hikmah yang terselit disebalik ujianMu yang melanda,
Kerana masa kan Engkau ingin menzalimi hamba2Mu yg dhaif lagi hina,
Kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha "adil lagi saksama..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Letakkanlah keyakinanku pada janji-janjiMu kedlm diriiku,
Tempatkanlah keredhaanMu sepanjang kehidupanku kedlm jiwaku,
Selitkanlah cintaMu yang suci lagi hakiki kedlm hatiku,
Agar ku bisa merasai ketenteraman dan kedamaian di sepanjang perjalanan hidupku..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya setiap kurniaanMu adalah amanah bagiku,
Dan setiap dugaan dariMu adalah ujian keimananku,
Kerana masa kan Engkau menjadikan sesuatu dengan sia-sia untukku,
Kerana pasti semua itu akan diberi diperhitungkan dihadapanMu...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Selama ku hidup didunia ku tak mengenal erti kesyukuran,
kerana diri sentiasa tidak tahan dgn ujian,
apatah lagi setiap kemahuan tidak menjadi kenyataan,
pasti memberontaklah jiwa dlm menghadapi kesulitan..
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kupohon padaMu, kuatkanlah daku dengan kekuatan iman,
jadikanlah hidupku dgn kesabaran yg berpanjangan
kurniakanlah jiwaku akan sifat redha pd setiap ketentuan dlm kehidupan,
rahmatilah hatiku dengan hidayahMu secara berterusan,
agar daku menjadi seorang hamba yang sentiasa redha, sabar dan bersyukur kpd Tuhan....
Biarlah daku hina didunia, namun jangan jadikan daku hina di akhirat sana...Akan kusematkan dalam hatiku bahawa mardhatillah menjadi buruanku di dunia, agar dapat kubertemu dengan-Mu dengan hati yang suci di syurga sana...~
Biarlah daku tidak dipandang manusia, namun janganlah Engkau berpaling dari memandang jiwaku walaupun sedetik masa..
Biarlah daku tidak memiliki apa yg diimpikan di dunia, namun biarlah daku memperoleh syurgaMu yg menjadi impian seluruh manusia.....
0 ulasan:
Catat Ulasan