Love is my motivation, I should say...Hee...I want to do well to achieve my dream... It’s great, when everytime I feel drifting,there’s someone to keep me afloat... Even greater,to have someone share my dream,,....
DOA BUAT KEKASIH
Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah…
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan….
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku….
kerana engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina Kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin..
LOVE N BE LOVED
Cinta,suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata...Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri...Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami...Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung...
Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda,tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada diri,sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya.Jika sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis...Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan....
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda ” sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka ,dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku....
Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah…
Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan; kehebatan terhadapNya; timbul rasa cinta; kasih pada Penciptamu;
Mencintai Allah s.w.t dah Rasullullah s.a.w. melebihi cinta terhadap makhluk ianya cinta yang hakiki; abadi kerana hati yang pecah,retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak;terburai tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.....
“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan,kerana ia tidak kekal,cintakan manusia seringkali membuat seseorang itu gagal,kecewa,menderita;tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian;kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri,”kata-kata Rabiatul Adawiah....
Namun Cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia, merupakan kebahagiaan... Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki... Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni... Bercintalah sehebat manapun, selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun, serta pasangan Romeo; Juliet.... Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita... Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang,dewasa beriman malah berperibadi mulia...
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi...
Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untukya...
Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapanya adalah kerukunan; persefahaman yang berpanjangan....
Cinta Kepada Allah, Itulah yang Hakiki
Cinta bagaikan lautan,sungguh luas dan indah... Ketika kita tersentuh tepinya yang sejuk, ia mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tengah, yang penuh rintangan,hempasan dan gelombang pada siapa sahaja yang ingin mengharunginya.Namun carilah cinta yang sejati,di lautan cinta berbiduk takwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, insyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu: cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan, bukan pula kerana desakan nafsu yang menggoda....
Cintailah Allah,berusahalah untuk menggapai cintaNya.Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 perkara yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT:
1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik...
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.
3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan perbuatan...
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan dengan kehendak hawa nafsu...
5. Menanamkan dalam hati Asma’ul Husna dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya...
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita...
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah...
8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur...
9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.....
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah...
Saling mencintailah kerana Allah agar dapat mendapatkan kecintaan Allah... Dalam hadith Qudsi Allah berfirman; “CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu,CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu,dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan keranaKu”...
Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya,nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya....
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda; “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini,Aku menaungi mereka dengan naunganKu“.... HR. Muslim
Bahkan Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah,yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka. Nasa’i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra,Rasulullah bersabda; “Di sekeliling Arasy,terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula.Mereka bukanlah para nabi atau syuhada,tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka”.....
Para sahabat bertanya,“Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka!”
Beliau bersabda,“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah”...
“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga”...
Akhirul qalam, bertanyalah pada diri kita sendiri:
Sudahkah aku menemukan cinta yang hakiki, cinta yang sejati dalam hidup ini?
Sejauh mana aku mengenalNya, asma’ (nama)Nya, sifat-sifatNya, kehendakNya, laranganNya?
Seringkah aku mengingatiNya, menyebut namaNya melalui zikir-zikir yang panjang?
Seringkah aku mendekatkan diri kepadaNya dengan sholat serta ibadah-ibadah lainnya?
Seringkah aku merintih, mengadu dan mengharap kepadaNya melalui untaian doa yang keluar dari lubuk hati....
Sudahkah aku mengikuti kehendakNya dan menjauhi larangan-laranganNya?
Apakah aku mencintai seseorang keranaNya atau kerana dorongan nafsuku sendiri?
Sejauh mana aku berusaha untuk mengekang hawa nafsuku sendiri?
Hubungan Cinta dan Keimanan
Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan... Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan;sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan... Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Al Ustadz Imam Hasan Al Banna mengatakan bahawa “dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”. Bagaimana tidak jikalau iman tanpa cinta akan pincang,dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan... Selain itu iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa iman...
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW;“Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT”... Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah
Tidak hairanlah ketika Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya,atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi... Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan... Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya,yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahawa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan isterinya... Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman,sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya tersebut demi mempererat kembali cintanya kepada Allah. Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah,saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah,namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya....
Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda; “Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api”..... HR. Bukhari dan Muslim
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; “Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai”... HR Muslim..
Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan... Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan...
“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” HR Abu Daud dan At-Tirmidzi..
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Q.S Ar-Ruum : Ayat 21...
Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah menikah). Jadi tak perlu menunggu “jatuh cinta dahulu” baru berani menikah, atau pacaran dahulu baru menikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana (na’udzubillahi min zalik). Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan, sehingga nantinya tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat.....
Dalam Islam ada peringkat-peringkat.. cinta, siapa yang harus didahulukan / diutamakan dan siapa / apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyetarakan semuanya.
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” Q.S Al-Baqarah : Ayat 165
Menurut Syaikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta (maratibul – mahabah), iaitu:
1. Peringkat ke 1 dan yang paling tinggi/paling agung adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata-mata. “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin.”
“Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah”. Q.S Al-Baqarah:Ayat 165
2. Peringkat ke 2; ‘isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya.
“Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Q.S Aali Imran : Ayat 31
3. Peringkat ke 3; syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Peringkat ke 4; shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah.
5. Peringkat ke 5; ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan sebagainya.
6. Peringkat ke 6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta/keinginan kepada selain dari manusia: harta benda. Namun keinginan ini sebatas intifa’ (pendayagunaan/pemanfaatan ).
Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabbah disebaliknya... Cinta adalah mahabbah.... Mahabbah adalah sesuatu kecantikan yang amat tinggi nilainya....
Mahabbah itu sebenarnya adalah suatu kecantikan yang padu, hanya tertumpu untuk Allah s.w.t. Dalam tasawwuf, mahabbah bererti patuh kepada Allah s.w.t. dan membenci sikapyang melawan kepadanya...
Andainya perkataan cinta akan terucap dari rekahan bibir kita ketahuilah bahawa cintaatau mahabbah itu harus melalui 3 peringkat :
Pertama : Cinta Orang Biasa
Dia seorang yang selalu mengingati Allah s.w.t. dengan berzikir, suka menyebut Asmaul Husna dan memperoleh kesenangan dalam beribadah kepadaNya serta sentiasa berzikir memujiNya.
Kedua : Cinta Orang Jujur
Dia mengenalTUHAN-nya ; seperti kebesaranNYA, kekuasaanNYA dan ilmuNYA,lalu lahirlah rasacinta yang demikian hebat hingga seluruhperasaannya, menjadi rindu yang tidak tertanggung.
Ketiga : Cinta Orang Arif
Cintanya adalah kerana dia kenal benar dengan Allah s.w.t. Yang dilihat dan dirasa bukan lagi cinta tetapi diri yang dicintai. Sifat-sifat yang dicintainya masuk ke dalam diri yang mencintai hingga lahirlah dia sebagai seorang manusia yang begitu baik dalam segala segi.
Tentang cinta mencintai ini Allah s.w.t. berfirman dalam Al Quran maksudnya:
“..Allah s.w.t. akan mendatangkan suatu kaum yang Allah s.w.t. mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya.” Al-Maidah : 54
“..Jika kamu(benar-benar) mencintai Allah s.w.t, ikutilah aku, nescaya Allah s.w.t. mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu..” Ali-Imran : 31
Tentang cinta ini juga Rasulullah sawbersabda sebagaimana yang diriwayatkanoleh Bukhari dan Ahmad bin Hanbal : ”Hampir-KU sentiasa mendekatkandiri pada-KU dengan perbuatan-perbuatan hingga AKU cinta padanya. Orangyang-KU cintai menjadi telinga, mata dan tangan-KU.”
Cinta kepada ALLAH SWT(hubb al-ilahiyyah) adalah cetusan dari perasaan cinta dan rindu yang mendalamkepadaNYA. Rabiatul Adawiyah seorang wali berkata ; “Aku mengabdikan kepadaALLAH bukan kerana takut kepada Neraka…., bukan pula kerana ingin masukSyurga…tetapi aku mengabdikan kerana cintaku dan rinduku kepadaNYA dan“TUHAN-ku jika kupuja ENGKAU kerana takut pada Neraka, bakarlah aku didalamnya; dan jika kupuja ENGKAU kerana mengharapkan Syurga, jauhkanlah akudaripadanya; tetapi jika ENGKAUkupuja semata-mata kerana ENGKAU maka janganlah sembunyikankecantikanMU yang kekal itu dari diriku.”
Perasaan cinta yang telah meresap ke dalam lubuk hati Adawiyah menyebabkan diamengorbankan seluruhhidupnya semata-mata untuk beribadah kepada ALLAHSWT. Cinta Adawiyah kepadaNYA merupakan cinta suci, murni, dan sempurnaseperti yang disenandungkan dalam syairnya;
Aku mencintai-MU dengan dua cinta,
cinta kerana diriku dan cinta keranadiriMU.
Cinta kerana diriku sentiasa mengingati MU,
cinta kerana keadaanMU menyingkapkan tabir hingga ENGKAU ‘kulihat’.
Cinta kepada ALLAH SWT memenuhi jiwa Adawiyah, sehingga dia menolak setiap lamaran. Dia mensyaratkan sesiapa yang hendak mengahwininya harus meminta izin kepadaNYA. Ketika seseorang bertanya; “Apakah engkau benci pada syaitan ?” Dia menjawab :“Tidak, cintaku kepada TUHAN tidak meninggalkan ruang kosong dalam diriku untuk rasa benci pada syaitan,”
Ketika ditanya pula cintanya pada Nabi Muhammad saw. Adawiyah menjawab “Aku cinta Nabi saw tapi cintaku kepada KHALIK memalingkan diriku dari cinta kepada makhluk.”....
*Cintailah ALLAH melebihi segala-galanya kerana itulah cinta yang abadi…Mogaku perolehi cinta sedemikian walaupun rasa kerdil dan hinanya diriku disisi MU ya ALLAH.....
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Those who believe and whose hearts are set at rest by the remembrance of Allah; now surely by Allah’s remembrance are the hearts set at rest. (Ar Ra’d:28)
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu , tenang tenteramlah hati manusia”
وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونََ
And this is a Book which We have revealed as a blessing: so follow it and be righteous, that you may receive mercy (Al-An’am :155)
“Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.”
Anyway, I am one really fortunate individual. I am loved from all sides. I feel loved by everyone around me. Thank you, God, Alhamdulillah...... All praises are due to Allah, for providing me with so much love..... Insyaallah, tomorrow will be a great day as well.......
Ahad, April 17, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan